Sistem eMasa

LATAR BELAKANG PROJEK Sistem eMASA yang mula dilaksanakan pada 2 Mei 2008 telah dibangunkan secara in-house oleh BTMK dengan kos projek sebanyak RM 46,000.00. Namun demikian terdapat dua modul dimana pembangunannya dibuat oleh pihak pembekal. Pemilik sistem ini adalah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang merupakan pengguna utama manakala pengguna lain adalah Klinik Kesihatan dan Hospital KKM di seluruh negara yang berjumlah 927 buah. Pengemaskinian data ke dalam sistem dibuat pada setiap hari. Sistem ini boleh dicapai melalui rangkaian MOHnet dan Internet.

 

OBJEKTIF PROJEK

Sistem eMasa yang juga berasaskan sumber terbuka telah dibangunkan sebagai satu kaedah pemantauan bagi mengurangkan waktu menunggu oleh pesakit di Klinik-Klinik Kesihatan dan Hospital KKM. Pemantauan ini perlu dilakukan selaras dengan saranan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia supaya semua pihak yang terlibat mengambil langkah pembaikan agar waktu menunggu oleh pesakit di Klinik-klinik Kesihatan dan Hospital KKM dapat dikurangkan dan berada dalam tempoh 30 minit. Sistem ini membolehkan waktu menunggu ini dipantau oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara harian dan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia secara mingguan.

FUNGSI SISTEM

Modul-modul yang terdapat dalam sistem eMASA adalah seperti berikut:

  1. Modul Login
  2. Modul Pengemaskinian data secara online (realtime)
  3. Modul Penghantaran data secara batch (file MS-Excel)
  4. Modul Prosesan data secara batch (dibuat pada jam 11 malam setiap hari)
  5. Modul Laporan

Data-data yang perlu dikemaskini ke dalam sistem adalah :

  1. Jumlah Kedatangan Pesakit harian
  2. Jumlah Kakitangan bertugas harian
  3. Waktu pesakit di beri nombor giliran
  4. Waktu pesakit diberi kad rawatan
  5. Waktu pesakit dipanggil ke bilik konsultansi
  6. Waktu selesai di bilik konsultansi
  7. Provider yang dilihat
  8. Waktu pesakit tamat di klinik oleh provider terakhir

Sistem eMASA juga boleh menjana laporan-laporan seperti berikut:

  1. Laporan Status Penggunaan Sistem
  2. Laporan Statistik & Analisa Data
  3. Laporan Beban Kerja dan Penggunaan Resos Lepas Waktu Pejabat
  4. Laporan Prestasi Waktu Menunggu Mengikut Jumlah Kedatangan dan Jumlah Anggota
  5. Laporan Prestasi Waktu Menunggu dan Konsultansi Mengikut Kategori Anggota
  6. Laporan Prestasi Waktu Menunggu dan Konsultansi Mengikut Kategori Anggota dan Beban Kerja Klinik

Additional Info

  • Platform Sistem Operasi: Linux
  • Pangkalan Data: MySQL
  • Bahasa Pengaturcaraan: PHP
  • Laman Web: http://emasa.moh.gov.my
  • Lokasi Pelaksanaan:

    Melibatkan semua 927 buah hospital dan klinik kesihatan di seluruh Malaysia.

  • Pelayan Web: Apache
Read 1401 times