msen
msen
A- A A+

LATAR BELAKANG BPM


Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) pada asalnya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat (PTM), mula ditubuhkan pada tahun 1990 dan merupakan salah satu bahagian di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lokasi awal penempatan adalah di Bangunan Perkim, Kuala Lumpur.


Sebagai bahagian yang diberi tanggungjawab dalam pembangunan ICT untuk Kementerian, bahagian ini telah diperbesarkan organisasinya pada Oktober 2004 setelah kelulusan pengstrukturan PTM diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). PTM bertukar nama kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).


Pada Disember 2004, bahagian-bahagian di bawah ibu pejabat KKM termasuk BPM telah berpindah dari Bangunan Perkim, Kuala Lumpur ke Parcel E di Putrajaya.


Pada Ogos 2008, seperti yang dipersetujui agensi pusat sekali lagi perubahan nama berlaku. BTMK telah ditukarkan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).


BPM mempunyai 3 cawangan iaitu:-

  1. Cawangan Dasar dan Perancangan ICT
  2. Cawangan Pembangunan Projek & Penyelenggaraan Projek ICT
  3. Cawangan Pemantauan, Keselamatan & Sokongan Teknikal ICT