msen
A- A A+

LOGO KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.

HATI BERWARNA MERAH

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

TANGAN

Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.

SENTUHAN DI HATI

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

MOTO – “Kami Sedia Membantu”

Kami              - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia            -Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu    -Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

 

Muat turun: Logo Rasmi KKM