msen
msen
A- A A+
1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?  
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. 
2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran  berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan  dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina 
8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital  
9. Bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke kolej kejururawatan?
Kelayakan untuk kursus Sijil Jururawat Masyarakat ialah Sijil PMR / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan manakala syarat bagi kursus Diploma Kejururawatan ialah;
  1. Memperolehi 5 kredit dalam SPM terutama dalam mata pelajaran Sains, Matematik, BM dan BI;
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik; dan
  3. Mempunyai sikap yang positif.
10. Bagaimana  ingin mengetahui status keselamatan produk kosmetik?
Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia.  Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari  laman web www.bpfk.gov.my.
11. Apakah garis panduan dalam melakukan pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan Planned Prevantive Maintenance (PPM) terhadap peralatan/peranti yang digunakan dalam hospital dan klinik-klinik swasta?
Pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan di hospital atau klinik, dokumen "MS2058; Code of Practice for Good Engineering Maintenance Management of Active Medical Devices" boleh digunakan sebagai rujukan. Standard ini boleh dibeli dari pihak SIRIM Bhd.
12. Adakah produk makanan perlu didaftarkan di KKM?
Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
13. Bagaimana prosedur untuk mendapatkan kelulusan pemasaran ubat herba?
Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3.

Produk herba boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Borang ini juga boleh didapati daripada laman web tersebut (bahagian borang) borang (BPFK-003). Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan pendaftaran produk ditolak.

Maklumat lanjut perkara ini boleh diperolehi dengan melayari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my.
14. Adakah pelabur asing dibenarkan untuk melabur dan menguruskan kemudahan Kesihatan jagaan swasta di Malaysia ?
Secara umumnya, KKM menggalakkan pelaburan asing dalam sektor kesihatan di negara ini.  Walau bagaimanapun, penyertaan ekuiti asing dalam kemudahan kesihatan jagaan swasta hanya terhad kepada beberapa jenis kemudahan yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Dasar Penyertaan Ekuiti Asing Dalam Kemudahan Kesihatan Jagaan Swasta
 
Catatan: Untuk kemudahan kesihatan jagaan swasta yang tidak disenaraikan di atas, penyertaan ekuiti asing akan dipertimbangkan secara case by case.
Tarikh kuatkuasa: 29 Julai 2015
15. Apakah semua skim perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dengan Peperiksaan Perkhidmatan Awam?
Semua skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan, kakitangan perlu menjalani peperiksaan tersebut sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana lain Kementerian yang membolehkan calon-calon untuk mengambil peperiksaan melalui kementerian tertentu. Pada ketika ini, Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan Peperiksaan Jabatan bagi Mata Pelajaran Fungsional untuk 15 skim perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan manakala bagi Subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan melalui Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Semua kakitangan boleh merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan di dalam Surat Tawaran mereka. Maklumat lanjut mengenai tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Awam, sila rujuk portal Bahagian Pembangunan Kompetensi ini: http: // kompetensi.moh.gov.my
16. Berapa banyak kertas Peperiksaan Perkhidmatan Awam perlu diambil oleh calon-calon daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Senarai Peperiksaan Jabatan serta kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon-calon boleh diperolehi dan dilihat melalui portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan [http:// kompetensi.moh.gov.my] 
17. Pada masa ini, apakah kaedah-kaedah penilaian kompetensi semasa yang digunakan untuk kakitangan awam?
Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi adalah satu kaedah penilaian baru yang telah dicadangkan untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau bagaimanapun, pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi telah ditangguhkan memandangkan pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana PROSPEK adalah salah satu perkara dalam fokus.
18. Adakah kakitangan perlu mengemukakan mata kredit tahunan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mereka ke Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan?
Pada kakitangan yang hadir tidak perlu mengemukakan mata kredit CPD kepada Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM, disebabkan oleh pembatalan PTK pada 1hb. Januari 2011. Walau bagaimanapun, menurut Surat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) ref. KKM / 87 / P2-1 / 10 Jld.5 (81) bertarikh 9 Januari 2012, menyatakan bahawa semua Jabatan Perubatan Negeri / Bahagian / Institusi perlu mengemukakan pencapaian tahunan laporan kredit semua kakitangan kepada kepada Sekretariat CPD di peringkat / Bahagian / Institusi Jabatan Perubatan Negeri, rekod dan tujuan pemantauan.
19. Adakah Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih boleh digunakan untuk tujuan perkhidmatan?
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) keputusan boleh dianggap sebagai salah satu kriteria kenaikan pangkat, jika dikehendaki oleh Bahagian Sumber Manusia, KKM. Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak menentukan kenaikan gaji bagi tahun 2011 dan seterusnya apabila PTK dibatalkan.